Mimpi atau realiti...Semakin keliru aku untuk memastikannya.Bila mentari menjelma aku tahu aku di alam nyata namun bila terbenam mentari dan tirai kegelapan mula berlabuh aku bagai berada di dunia lain.Watak hitam mula meresap ke dalam diri dan apabila kabus itu menjelma aku mula melangkah ke Dunia Suram... Sukar untuk sesiapa mempercayai masih wujud sumpahan di dalam dunia moden hari ini.Namun misteri masih menyelubungi masyarakat apabila lelaki berjubah hitam muncul kembali!...Kisah lelaki berjubah hitam cuba dipadamkan dari ingatan mereka yang hidup lewat tahun 60 an.Generasi baru hanya mendengar cerita dari ibubapa dan generasi terdahulu betapa kejamnya penjenayah itu.Namun bukan semua kisah tragis dihikayatkan kepada generasi hari ini.Aku sendiri hanya mengetahuinya melalui arwah datuk sedara ketika aku masih di zaman kanak-kanak.Itu pun diceritakan kepada aku dengan niat untuk menakut-nakutkan aku yang masih leka bermain di luar rumah ketika senja mula menyapa. "Mainlah lama-lama di luar tu...Nanti datang orang berjubah hitam tangkap dan pancung kepala kau nanti!" Itulah jerit arwah datuk sedara yang buat aku terpinga-pinga.Siapa orang berjubah hitam tu? Aku tak pernah kenal dan tahu pun...Hantu yang bawa sabit panjang macam dalam cerita seram orang putih tu ke?...Manalah kanak-kanak seperti aku faham kalau tidak digambarkan bagaimana ganas dan menakutkan orang berjubah hitam itu.Tetapi selepas diceritakan kepada aku hikayat zalim dan tragis si pemakai jubah hitam itu barulah aku merasa gentar dan takut.Itu kisah lebih suku abad dahulu.Hmmm...Aku pasti ramai yang tidak jelas dan ingin tahu kisah lelaki berjubah hitam yang mengganas puluhan tahun dahulu dan kaitannya dengan dunia hari ini.Biarlah aku labelkan ianya sebagai sejarah,hikayat,mitos atau fantasi yang tak pernah dilagukan...
May 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Pergh ganas betul blog ko nie..
Takut woo..
Zool
http://www.ligakampung.com/blog
Post a Comment