May 25, 2008

Dairi Suram 2 (Teater Tragedi)


"Tiga Mayat Tanpa Kepala Dengan Perut Terburai Ditemui Hari Ini!" Demikianlah tajuk berita di dada akhbar hampir setiap hari."Si Jubah Hitam Mengganas lagi!"..."Bomoh Tawar Diri Untuk Jejaki Pembunuh Sadis."...Bermacam-macam lagi tajuk berita yang tragis dan menakutkan masyarakat sekitar tahun 60 an dahulu.Seorang pembunuh kejam bermaharaja lela membunuh mangsanya tidak kira jantina,usia atau kaum.Warga tua,dewasa,remaja dan kanak-kanak semuanya berada dalam senarai profil mangsa pembunuh psiko tersebut.Khabar angin yang paling sensasi ketika itu ialah pembunuhan yang berlaku ada kaitan dengan ilmu hitam!..
Lelaki Berjubah Hitam itulah gelaran yang diberikan oleh polis dan media ketika itu.Masyarakat turut terikut sama menggelarkan pembunuh kejam,zalim,sadis,psiko dan tragis dengan gelaran yang sama.Siasatan pihak berkuasa menemui jalan buntu kerana, di zaman itu belum ada CSI dan belum ada teknologi untuk mengesan profil DNA di negara ini.Ibukota,ibunegeri,bandar besar,bandar kecil dan kampung-kampung semuanya tidak terkecuali menjadi lokasi Lelaki Berjubah Hitam mencari mangsanya.Seluruh negara berada dalam ketakutan bila saja tirai malam berlabuh.Si Jubah Hitam mampu berada di mana-mana saja di dalam negara ini.Itu yang paling memeningkan pihak polis dan juga pemerintah waktu itu.Tidak hairan jika mereka yang mengaku bomoh mengandaikan Si Jubah Hitam memiliki dan mengamalkan ilmu hitam!...
Pernah satu ketika pihak polis dengan bantuan bomoh yang hebat berjaya memerangkap dan mengepung Si Jubah Hitam namun tiba-tiba muncul kabus keunguan dan dia ghaib di dalam kabus tersebut.Terlopong mulut mereka yang menyaksikan peristiwa aneh itu dengan mata kepala mereka sendiri.Hingga ada anggota polis dan bomoh yang terlibat dalam operasi itu jatuh demam!.. "Dia Bukan Lelaki Biasa...Dia Makhluk Dari Alam Lain!" Antara komen seorang bomoh hebat ketika itu."Bukan special effect!" Mungkin itu yang akan diucapkan oleh anggota polis dan bomoh jika ianya berlaku pada zaman teknologi secanggih hari ini.Mangsa pertama Si Jubah Hitam yang diketahui dan direkodkan ialah, seorang siswi yang tidak sempat menaiki bas terakhir di sebuah bandar kecil untuk pulang bercuti ke kampungnya.Pembunuhan tragis ini berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur.Mayat siswi itu dijumpai oleh seorang posmen ketika dia melalui sebuah rumah usang untuk menghantar surat.Posmen itu terlihat seperti gumpalan darah di atas sebuah pangkin di belakang rumah usang itu.Memberanikan diri dia memberhentikan kayuhan basikalnya dan pergi melihat apa yang berada di atas pangkin itu.Hampir termuntah apabila dia terpandang isi perut manusia di atas pangkin itu dan kepala seorang gadis di atas lantai berhampiran pintu belakang yang separuh terbuka!...
Seluruh negara menjadi gempar keesokannya apabila berita tentang pembunuhan kejam seorang siswi mendapat liputan televisyen,radio dan terpampang di suratkhabar.Kali terakhir mangsa dilihat beredar dari stesen bas di bandar kecil itu, oleh seorang nyonya penjual buah diwaktu hampir 9.30 malam.Mayatnya yang lengkap berpakaian ditemui di dalam sebuah bilik di rumah usang tersebut.Malangnya apa yang paling mengerikan kepalanya di pancung dan perutnya ditebuk.Isi perutnya di campak ke atas pangkin hanya untuk ditemui oleh seorang posmen.Sungguh tragis namun dia bukanlah mangsa yang pertama dan terakhir!...

No comments: