Satu demi satu mayat mengerikan ditemui...Bukan lagi menjadi berita luarbiasa didada akhbar tetapi pembunuhan kejam yang sudah berlaku hampir 7 bulan,heboh diperkatakan disetiap pelusuk negara.Paling menyayat hati apabila satu keluarga tiga beranak ditemui mati di dalam rumah sendiri.Polis menemui mayat ibu dan dua orang anaknya yang berusia 5 dan 2 tahun dibunuh dengan cara yang sama iaitu kepala dipancung dan perut ditebuk!...Masyarakat membicarakan kisah kekejaman Si Jubah Hitam di mana-mana sahaja,baik di warung kopi hingga ke lobi hotel mewah.Kerakusan Si Jubah Hitam sampai ke tahap mengundang ketakutan paling maksimum kepada semua warga negara ini ketika itu."Negara bagai diserang makhluk asing!.." Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut seorang pemimpin.Seluruh negara bagai dalam keadaan darurat dan masyarakat terpaksa mengambil inisiatif mengadakan rondaan dan kawalan setiap malam di kawasan masing-masing.Persoalannya bukan lagi bagaimana untuk menjejaki dan menghapuskan Si Jubah Hitam tetapi siapa yang mampu menjejaki dan menghapuskan Si Jubah Hitam.Bermula dari Timur kemudian ke Utara,Barat,Tengah dan kembali semula ke Timur.Akhirnya ke Selatan hingga tiada satu negeri pun yang terkecuali daripada mencatatkan jumlah korban disebabkan angkara Si Jubah Hitam!...Namun berkat doa dan sembahyang hajat daripada para Alim Ulamak dan masyarakat beragama Islam akhirnya jalan untuk menghapuskan pembunuh kejam dan sadis itu ditemui.Keajaiban kadangkala muncul disaat-saat kita betul-betul memerlukan.Itulah yang terjadi apabila seorang gadis yang koma hampir 9 bulan dihospital akibat kemalangan jalanraya,muncul sebagai penyelamat!...
Gadis buta yang baru berusia 23 tahun itu tersedar daripada koma ketika genap 7 bulan Si Jubah Hitam bermaharajalela.Yuhanis buta akibat kemalangan yang mengakibatkan dia terlantar koma di hospital.Mungkin jasadnya koma tetapi tidak fikirannya.Dia kehilangan penglihatan tetapi kehilangan pancaindera paling berharga itu digantikan oleh tuhan dengan satu anugerah yang tidak ternilai.Yuhanis mendakwa dia seolah melihat setiap peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh seorang Lelaki Berjubah Hitam ketika dia dalam keadaan koma.Walaupun kini dia telah buta tetapi dia mampu membayangkan dengan jelas suasana persekitaran di mana dia berada.Yuhanis melihat dengan pancaindera keenam!..Namun begitu ada juga yang masih meragui benarkah Yuhanis memiliki "sixth sense".Tetapi keraguan itu terjawab dengan hujah, masakan seorang yang terlantar koma mampu mengetahui peristiwa yang berlaku sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.Tambahan pula Yuhanis mampu menceritakan secara terperinci satu persatu profil mangsa,tempat kejadian dan keadaan mayat mangsa Si Jubah Hitam ketika ditemui dengan tepat sekali.Hinggakan maklumat yang dirahsiakan oleh pihak polis pun Yuhanis mampu ketahui.Yuhanis juga diuji dengan dibawa ke satu tempat yang tidak pernah dijejak oleh kakinya.Apa yang mengejutkan dia mampu menerangkan persekitaran,keadaan dan suasana tempat tersebut dengan jelas sedangkan dia buta!...
Akhirnya berita tentang keistimewaan gadis buta ini mula tersebar.Pihak berkuasa bekerjasama dan memberi perlindungan 24 jam kepada Yuhanis kerana mungkin nyawanya bakal terancam akibat berita tentang dirinya yang mendapat liputan luas media massa di waktu itu.Yuhanis mungkin ancaman terbesar buat Si Jubah Hitam dan mungkin Si Jubah Hitam dalam perjalanan untuk memburu dan menjadikan Yuhanis mangsa yang paling utama!...


1 comment:
huhhuu..smpi sini je ke cerita dia??dah xde sambungan??
klu ada masa nnt tgk la blog sy k..
http://farahaznil.wordpress.com/
http://farahaznils.blogspot.com/
Post a Comment