“Bayi ini tak ada kepala!” Itulah jeritan jururawat yang menyaksikan kelahiran aku.Mustahil aku mampu mengingati dan menyaksikan suasana saat aku berhijrah dari Alam Rahim ke Dunia Fana ini.Tapi itulah sejarah setelah 12 bulan aku begitu liat untuk keluar dari perut ibuku.Tiada tangisan kerana aku tidak menangis dan juga tidak bisu.Tetapi aku berbunyi persis makhluk peliharaan yang comel yang ada hampir di setiap rumah di tanah tumpah darah ini.Kepalaku tersorok dicelah kedua kakiku yg berlipat persis seekor kucing tidur.Bukan aku tidak punya kepala!…
“Kenan!” Cerita ibu kepada aku…Tiada siapa yang dapat mentafsirkan kelahiran yang ganjil itu.Pastinya aku mungkin dilahirkan secara pembedahan jika aku masih liat untuk keluar dalam tempoh yg ditetapkan oleh doktor setelah ibuku dimasukkan ke dalam wad.Namun aku lahir secara normal,cuma aku buat kejutan untuk mereka yang menyambut kelahiranku hahaha!…
Zaman aku tak ada peralatan canggih seperti scanner dan ultra sound.Tapi kisah Ultraman dah ada pada masa itu.Biarpun doktor menggeleng kepala kerana tali pusatku hampir mereput ketika itu,aku masih dilahirkan bernyawa…Kerana urusan hidup dan mati hanya Tuhan yang berkuasa menentukannya.Jika maut belum menjemput pasti jasad terus bernyawa.Jika maut sudah menjemput maka secanggih mana pun teknologi tak akan mampu menghalangnya.
Lupakan kisah bayi ajaib ini…Aku akan terus mengembara di dalam atmosfera dunia suram yang menembusi ruang dan titik hitam dalam diri kita sebagai insan.Setiap orang mempunyai “Darkside” dalam diri mereka.Tanpa menyedari atau sengaja tidak mahu sedari kita semua punya watak hitam!…


No comments:
Post a Comment