May 18, 2008

Tinta Hitam 2 (Ketakutan Dan Kematian)

Ketakutan...Siapa tidak punya perasaan takut?Ianya adalah emosi semulajadi setiap makhluk. Bukan sahaja manusia tetapi haiwan,jin,syaitan dan iblis juga punyai perasaan takut.Siapa yang mengaku dirinya gagah,hebat,pantang dicabar dan tidak punya rasa takut... memang sah mereka pembohong besar!Sebagai makhluk kita pasti merasai apa itu ketakutan seperti mana kita pasti merasai apa itu kematian...Ramai yang takut mati tetapi berani buat apa saja untuk terus hidup.Tetapi tidak ramai yang takut dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukan ketika hidup tetapi berani menghadapi saat kematian!
Sayang sekali aku bukan ditakdirkan menjadi seorang ustaz untuk berceramah lebih terperinci secara ilmiah tentang soal hidup dan mati dari sudut agama di sini.Cuma fikirkanlah...Dari saat kita dilahirkan ke dunia ini,kita ibarat sedang menuju ke satu titik penamat perlumbaan hidup kita di Alam Fana ini.Setiap saat masa berdetik dan setiap hembusan nafas dihembuskan,kita semakin menghampiri titik penamat tersebut.Tidak sekali semakin jauh!Soalnya cuma bila dan di mana?...Itu yang kita tidak ketahui dan menjadi rahsia,sehingga masanya tiba untuk kita menyertai mereka yang lebih dahulu meninggalkan kita.Ketakutan merasai sakitnya mati pasti ada di dalam minda setiap seorang daripada kita.Tetapi apa yang kita perlu lebih takutkan ialah...apakah nasib dan takdir kita selepas mati?...
Setiap hari kita menyusuri takdir hidup ini samada suka atau duka dan bahagia atau sengsara.Segalanya telah tertulis dan kita sebagai insan perlu redha...Jangan sesekali menyesali nasib diri kerana perjanjian tetap perjanjian.Kembali kepada matlamat dan tujuan asal kita minta dilahirkan dan hidup di dunia ini.Bertanyalah kepada diri sendiri...Di mana aku sebelum ini?...Untuk apa dan kenapa aku dilahirkan?...Apakah tanggungjawab aku di dunia ini?...Ke mana aku selepas hidup di Alam Fana ini?...Luangkan sedikit masa untuk merenung kembali setiap episod hidup yang telah kita lalui.Sebelum terus terleka dan terlena bermimpi di alam yang nyata hingga terlupa Alam Barzakh sedang menanti!
"Apabila kegelapan tersembunyi di sebalik ruang yang terang maka wujudlah bayang-bayang..."

No comments: