Langkahan bomoh Sleiman terhenti...Kepulan kabus menghalang laluan di hadapannya.Matanya terbeliak melihat makhluk yang muncul disebalik kabus keunguan yang semakin meghampiri.Lampu suluh terlepas dari genggamannya.Pak Imam mengayuh deras basikal masuk ke halaman rumah."Milah!..Buka pintu cepat!" Jerit Pak Imam.Dia tergesa-gesa turun dari basikal dan segera melangkah menaiki anak tangga rumahnya."Kenapa bang?...Macam dikejar hantu je..." Rungut Milah sebaik pintu dibuka.Pak Imam tidak menjawab pertanyaan isterinya tetapi dengan segera dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu."Makhluk tu dah muncul di kampung ni..." Pak Imam menarik nafas dan duduk tersandar ke dinding menghilangkan penat. "Bomoh itu dalam bahaya!" Yuhanis cemas dan dia semakin gelisah.Neneknya yang terjaga mendengar jeritan Yuhanis telah masuk ke dalam bilik."Bomoh?...Siapa bomoh tu?...dia dimana?" Soal anggota polis wanita yang bersamanya."Bomoh Sleiman!" Tambah Yuhanis lagi.Mendengar nama Bomoh Sleiman seorang anggota polis lelaki yang ada di situ terus beredar keluar rumah.Bomoh Sleiman salah seorang antara bomoh yang menawarkan diri untuk bekerjasama dengan Yuhanis dan pihak polis menjejaki Si Jubah Hitam."Cepat!..Kita hubungi balai polis berhampiran tempat Bomoh Sleiman tinggal."Jerit anggota polis yang berlari menuju ke arah kereta mereka di halaman rumah.
Milah membawa segelas air untuk Pak Imam."Aku harap Sleiman selamat sampai ke rumahnya..." Menyambut gelas yang dihulurkan oleh isterinya.Pak Imam meneguk air dan serentak itu juga terdengar sayup-sayup satu jeritan mengerikan.Pak Imam dan isterinya terperanjat,mereka saling berpandangan dan hanya diam membisu mendengar jeritan itu.Tidak disedari gelas ditangan Pak Imam sudah tercampak jatuh ke lantai."Bang..bang bunyi suara apa tu?..." Milah ketakutan dan duduk disebelah Pak Imam.Pak Imam hanya terkumat kamit membaca doa sambil memejamkan matanya.Guruh makin kuat berdentum dan hujan mula turun dengan lebatnya.Yuhanis memeluk anggota polis wanita disebelahnya.Dia hanya mampu menangis dengan perasaan yang sedih dan kecewa.Hanya beberapa saat tadi dalam fikirannya dia melihat seorang lagi menjadi mangsa kekejaman Si Jubah Hitam.
Pagi esoknya heboh seluruh kampung apabila mayat Bomoh Sleiman ditemui tanpa kepala dan perutnya bukan hanya ditebuk tetapi anggota badannya bagai dilapah-lapah!Pak Imam dan beberapa jemaah kampung yang hendak ke surau pada waktu subuh, antara orang yang pertama sekali menemui mayat Bomoh Sleiman.Menurut mereka mayat itu ditemui betul-betul di tepi jalan berhampiran lorong menuju ke rumah Bomoh Sleiman.Pihak akhbar dan orang-ramai mula membuat berbagai-bagai andaian.Ada yang mengatakan Si Jubah Hitam pasti akan memburu beberapa orang bomoh lagi.Hanya ada lima orang bomoh sahaja yang menawarkan bantuan untuk memburu Si Jubah Hitam.Seorang sudah menjadi korban dan hanya empat lagi yang tinggal.Anehnya kali ini kepala Bomoh Sleiman tidak ditemui berhampiran mayatnya seperti mangsa-mangsa yang terdahulu.Mungkinkah kepalanya dibawa lari dan dijadikan cenderahati oleh Si Jubah Hitam?...Jika benar,kepala siapa pula yang akan dijadikan koleksi oleh Si Jubah Hitam selepas ini....

No comments:
Post a Comment