Jun 25, 2008

Dairi Suram 6 (Antara Hitam Dan Putih)


Semakin gempar dan kalut dengan berita kematian dan mayat Bomoh Sleiman yang ditemui tanpa kepala.Empat lagi bomoh kini berada dalam ketakutan."Polis akan lindungi keempat-empat orang bomoh." Antara jaminan yang diberikan oleh pihak polis dan menjadi berita di suratkhabar.Selepas 24 jam usaha mencari kepala Bomoh Sleiman di sekitar tempat kejadian gagal,kini kawalan keselamatan ditumpukan sekitar rumah empat orang bomoh yang bakal menjadi sasaran Si Jubah Hitam.Yuhanis paling kecewa menerima berita pembunuhan ngeri Bomoh Sleiman kerana keistimewaan yang dimilikinya gagal menghalang kemaraan Si Jubah Hitam.

Perbincangan diantara Yuhanis,pihak polis dan empat orang bomoh diadakan.Hasilnya kesemua bomoh tersebut dan Yuhanis termasuk keluarga mereka akan ditempatkan di satu lokasi rahsia dengan kawalan ketat 24 jam oleh pihak polis."Negara diselubungi kabus hitam." Hanya itu yang mampu diucapkan oleh orang-orang politik.Beberapa arahan telah dikeluarkan dan ganjaran ditawarkan kepada sesiapa yang mampu memburu Si Jubah Hitam.Hingga menjadi bahan jenaka di warung kopi,siapa yang sedang memburu dan siapa yang diburu...Pemburu sebenar bebas mencari mangsanya disegenap pelusuk negara.Kini berita tentang pembunuhan kejam dan ganas telah tersebar hingga ke negara jiran.Sudah ada bomoh dan kiyai dari negara jiran yang menawarkan diri secara sukarela untuk memburu Si Jubah Hitam.

Senja itu Yuhanis berdiri di tepi tingkap banglo di tempat perlindungan.Agak riuh rendah juga di banglo itu dengan penghuni seramai lima buah keluarga belum termasuk anggota polis yang berkawal disetiap penjuru kawasan banglo itu.Difikirannya dia terlihat seorang lelaki tua berserban dan berjubah putih di luar pagar banglo itu tersenyum memerhatikannya."Nek!...Cuba lihat di luar pagar tu...Ada orang." Neneknya segera mendapatkan Yuhanis di tepi tingkap dan melihat ke arah yang disebutkan oleh cucunya itu."Tiada siapa pun Anis..." Balas neneknya."Tak apa lah Nek...Mungkin khayalan saya jer..." Jawab Yuhanis dalam nada kecewa.Neneknya cuma memandang dengan wajah hairan sambil sesekali meninjau-ninjau keluar pagar.

Malam itu cuaca tenang dan keempat-empat orang bomoh berpadu tenaga menjalankan aktiviti perbomohan mereka.Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bagai kerasukan,menjerit dan meronta-ronta bila dipegang oleh tiga lagi rakannya."Hitam dan putih!...Hitam dan putih!" Hanya itu perkataan yang keluar daripada mulutnya.Tidak lama kemudian bomoh yang kerasukan itu pengsan.Suasana di banglo tempat perlindungan menjadi kelam kabut seketika.Beberapa orang anggota polis yang terpinga-pinga cuma menjeling ke arah televisyen di ruang tamu banglo itu.Zaman itu hanya ada tv hitam putih sahaja,belum ada siaran tv warna.Selepas beberapa ketika bomoh yang kerasukan itu berjaya dipulihkan oleh rakan-rakannya.Namun dia tidak mampu untuk mentafsirkan apa maksud hitam dan putih yang diucapkannya.Bomoh itu tidak dapat mengingati apa-apa ketika dia kerasukan.

Suasana tenang sepanjang malam itu,sehinggalah tiba-tiba kabus berarak ke arah banglo yang didiami oleh Yuhanis,para bomoh dan keluarga mereka.Waktu ketika itu hampir pukul tiga pagi.Anggota polis yang berkawal di kawasan hadapan banglo mula merasa cemas melihat kabus tebal yang semakin menghampiri mereka.Kesemua anggota yang berkawal berkumpul di hadapan banglo rumah itu.Para penghuni yang lain juga telah dikejutkan dan diminta berkumpul beramai-ramai di ruang tamu banglo.Kesemua bomoh turut menyertai anggota polis yang berkumpul di hadapan banglo sambil mengacukan pistol ke arah kabus yang semakin menghampiri banglo mereka.Tiba-tiba Yuhanis menjerit."Kabus itu di belakang banglo ini!" Yuhanis melihat melalui deria keenamnya,kabus ungu bercahaya mula menuruni bukit dari arah belakang banglo itu."Kabus datang dari arah depan banglo ni!..." Jerit salah seorang bomoh dari halaman banglo.Tiba-tiba salah seorang anggota polis berkata... "Tengok atas bumbung tu!" Masing-masing terlopong apabila mendongak ke atas bumbung banglo tersebut....

4 comments:

luzonsavana said...

serrraammmmmmmmmmmmmm...!!!!

WanQie Forex Signal said...

memang suram tol bloh ni hehehe

http://dialogpicture.blogspot.com

ApihMarang said...

wow, memng seram betul..hehe.
itu cite komik ke?..


ApihMarang,
http://online-car-auctions-1.blogspot.com/

ApihMarang said...

seramnye..hehe