Nov 11, 2009

Dairi Suram 7 (11 11 09)


Sudah setahun lebih tragedi di banglo mewah berlalu...Tiada seorang pun yang tahu apa sebenarnya
yang telah berlaku di sana.Malam terakhir buat kesemua mangsa tragedi yang menyayat hati itu hanya terpahat segar dalam ingatan Yuhanis.Hanya dia seorang sahaja yang dibiarkan untuk terus hidup oleh Si Jubah Hitam.

Yuhanis mengalami trauma yang amat teruk sejak tragedi berdarah di banglo mewah itu.Nenek dan adik kesayangannya turut menjadi mangsa korban.Cebisan mayat mangsa bertaburan di dalam dan di sekitar kawasan banglo tempat perlindungan itu.Keadaan sungguh mengerikan sehingga pihak berkuasa tidak membenarkan orang awam dan juga pihak media ke sana.Pihak tentera dikerah mengawal setiap laluan keluar dan masuk ke kawasan banglo mewah tersebut.Ianya menjadi zon larangan menyebabkan orang ramai dan pihak media membuat pelbagai spekulasi.Beberapa hari selepas tragedi ngeri di banglo mewah orang ramai mula menyuarakan kebimbangan mereka.Beberapa siri demonstrasi telah diadakan di seluruh negara meminta pihak berkuasa mengambil tindakan lebih serius dan berkesan untuk menghentikan kekejaman Si Jubah Hitam.

Satu perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa hanya Yuhanis seorang saja yang terselamat?...Kenapa dia tidak dibunuh oleh Si Jubah Hitam sedangkan dia merupakan ancaman terbesar kepada pembunuh sadis dan kejam itu.Persoalan itu bermain disetiap minda masyarakat ketika itu tetapi tidak diminda Yuhanis.Kalau boleh dia juga mahu turut sama dibunuh oleh Si Jubah Hitam dan mati bersama-sama nenek dan adik kesayangannya.Tidak tertanggung oleh Yuhanis kesedihan dan rasa derita kehilangan orang yang amat disayanginya.Traumanya terus berpanjangan hingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital sakit jiwa.Namun itu bukan titik penamat bagi Yuhanis.Semakin hari kesedihannya bertukar menjadi dendam.Hari demi hari yang ditempuhinya di hospital sakit jiwa mengajarnya erti ketabahan.Semangatnya yang luntur semakin pulih hanya kerana rasa marah dan dendamnya terhadap Si Jubah Hitam!..Di mana dan masih bermaharajalela lagikah Si Jubah Hitam?...



No comments: